Rabu, 9 November 2011

GAMBAR KAUNSELOR SEKOLAH

  • Haji Dzaraly Bin Muda


  • Pn. Siti Ruhaya Binti Zainuddin


  • Pn. Noor Hasanah Binti Salleh

Jumaat, 4 November 2011

PERANAN GURU KAUNSELING SEKOLAH BERASRAMA

  • Guru Bimbingan dan Kaunseling menyediakan perancangan program perkhidmatan kaunseling di asrama
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling membantu meningkatkan kemahiran asas kaunseling kepada warden, penyelia asrama dan semua warga asrama.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok kepada pelajar asrama
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling disediakan kemudahan tempat pertemuan dengan pelajar asrama.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling membina hubungan dan mengenali secara lebih dekat permasalahan pelajar asrama

CIRI-CIRI HARGA DIRI POSITIF

  1. Bermotivasi tinggi 
  2. Pengurusan berkesan
  3. Komunikasi berkesan
  4. Keputusan tepat dan cekap
  5. Memahami tugas
  6. Tugas dengan ilmu dan berkemahiran

KEJAYAAN

KUNCI KEJAYAAN DALAM PERHUBUNGAN MANUSIA IALAH UNTUK MELAYAN MANUSIA YANG MEMERLUKAN IDEA DAN PERASAAN YANG PERLU DIHORMATI WALAUPUN KITA TIDAK BERSETUJU DENGAN MEREKA.

OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Meningkatkan Kecemerlangan Akademik Murid Dengan Mengadakan :

  • Pemilihan mata pelajaran secara berkesan
  • Kemahiran belajar.
 
Memberi Pendedahan Kerjaya Kepada Murid Dengan Cara Melaksanakan :

  • Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
  • Ujian psikometrik.

Berusaha Mempertingkatkan Sahsiah Murid Melalui :

  •  Program psikososial.
  • Program kesejahteraan mental.

Meningkatkan Kefahaman Mengenai Keibubapaan Dan Perkembangan Kesejahteraan Individu Melalui :

  • Konsultasi keibubapaan.
  • Kaunseling keluarga.

Mencapai "Sekolah Bebas Dadah" Menggunakan Pendekatan Pendidikan Pencegahan Dadah Melalui :

  • Pendekatan Keluarga Cemerlang
  • Pembentukan Jati Diri Remaja
  • Sekolah Bebas Dadah

Membangunkan Daya Kepimpinan Dan Pembangunan Diri Murid Melalui :

  • Mengenal Diri Dan Potensi Diri
  • Kemahiran Kepimpinan
  • Kehidupan Bermasyarakat
  • Penyelesaian Masalah

Khamis, 3 November 2011

AKTIVITI KAUNSELOR

Aktiviti kaunselor dapat dilihat secara holistik untuk mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, berjiwa besar, jati diri, berwawasan dan berketrampilan perlu melaksanakan seperti berikut :

a) Akademik :
  • Penetapan potensi pelajar berdasarkan Head-Counts bersama PKI.
  • Penetapan potensi ke IPTA/IPTS bersama PKI.
  • Penetapan laluan kerjaya berasaskan potensi pelajar (tingkatan 5) bersama PKI.
b) Kemahiran Belajar :
  • Memberi kemahiran membaca, mencatat, pengurusan masa, pengurusan diri, mendengar, mengingat dll.
  • Program ini dibuat bersama PK Hem.
c) Kerjaya :
  1. Inventori minat.
  2. Inventori personaliti.
  3. Inventori nilai.
  4. Pemilikan mata pelajaran elektif.
  5. Pengumpulan maklumat kerjaya.
  6. Pendedahan kerjaya & peluang latihan kerjaya.
  7. Penyebaran maklumat.
    (Kaunselor dan guru subjek & penyelaras tingkatan)
d) Psiko Sosial & Kesejahteraan Mental :
  1. Ujian Personaliti.
  2. Senarai Semak Masalah.
  3. Kemahiran Komunikasi.
  4. Kemahiran Asertif.
  5. Pengurusan Tekanan.
  6. Pengekalan Penghargaan Kendiri/Self Esteem.
  7. Perkembangan Keremajaan
  8. Konsep Kendiri.
  9. Pengendalian Kendiri.
  10. Program Orentasi
    (Kaunselor bersama guru agama)
e) Keibubapaan :
  1. Komunikasi.
  2. Kemahiran Keibubapaan.
  3. Motivasi Keluarga.
    (Kaunselor bersama PIBG/HEM)
f) Masalah Pelajar :
  1. Kemahiran Komunikasi.
  2. Kemahiran Penyelesaian Masalah.
  3. PRS
  4. Kemahiran Sosial.
  5. Kemahiran Tegas Diri.
    (Kaunselor bersama HEM dan guru disiplin)

TUGAS-TUGAS KAUNSELOR

  • Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti K & B kaunseling sekolah.
  • Buat kajian keperluan.
  • Mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  • Menyebarkan maklumat B & K.
  • Aktiviti Bimbingan & Kaunseling kelompok, meransang perkembangan pelajar.
  • Rancang dan laksanakan kaunseling individu secara profesional.
  • Rancang aktiviti kemahiran belajar.
  • Rancang pemilikan pelajar elektif.
  • Rancang program pencegahan dadah, inhalar, rokok dan alkohol.
  • Rancang pemilikan pelajar ke IPT.
  • Rancang aktiviti/program keibubapaan.
  • Menjadi Ex-Oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  • AJK majlis Perancang sekolah.
  • Penyelaras mentor-mentee

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH YANG TIMBUL

  1. Pengubahsuaian bilik kaunseling.
  2. Melengkapkan keperluan peralatan & menambah bahan rujukan.
  3. Guru-guru membantu mengubah persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling (mewujudkan fikiran yang positif )

HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  1. Keadaan bilik yang kurang kondusif.
  2. Peralatan yang tidak mencukupi.
  3. Kurangnya bahan rujukan.
  4. Kewangan untuk mengadakan sesuatu program.
  5. Persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling.

FUNGSI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  1. Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbiran, kakitangan sekolah ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancangkan, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori.
  4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  5. Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat UBK kepada semua pelajar.
  6. Merancang, melaksana dan mengawal selia pekhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar
  8. Merancang, melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  9. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar negara.
  11. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan & Kaunseling Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,guru,kakitangan bukan mengajar dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan & perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah.
  14. Merancang,menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru,kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi- agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah,Disiplin sekolah dan jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas sekolah.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee.

BULETIN : PRS GALAK PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN MASALAH

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja, justeru dalam mencari identiti mereka banyak bergantung pada rakan sebaya untuk mendapat panduan hidup dan memandu mereka ke arah yang diingini.

Jika rakan sebaya yang digauli itu mempunyai pengaruh negatif maka tidak mustahil remaja terbabit akan terikut sama. Justeru, penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah dilihat sebagai usaha membantu menangani masalah tersebut. 


 Penolong Pengarah Kanan, Bidang Bimbingan dan Kaunseling Murid, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS), Khairuddin Mohd Amin berkata, objektif PRS ialah untuk membantu sekolah dan pelajar-pelajarnya membentuk keperibadian yang baik.

Pada masa sama, ia juga membentuk ‘kemenjadian’ murid dari segi akademik dan sahsiah diri - menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah.


“PRS menjadi pembimbing utama kepada rakan sebaya lain dan secara tidak langsung, sebagai ‘role model’ kepada pelajar lain dalam membantu mereka menyelesaikan kesulitan dari aspek pembentukan sahsiah diri, pencapaian akademik dan kerjaya,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

   
Beliau berkata, PRS mula diperkenalkan secara formal pada 1987 setelah projek perintis dijalankan di empat sekolah di Petaling Jaya dan Wilayah Persekutuan.


Menurutnya, hasil projek itu dibentangkan pada seminar pertama PRS - Januari 1987. Peserta sebulat suara bersetuju menggunakan nama PRS yang berpayung di bawah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.


KEMAHIRAN PERHUBUNGAN ANTARA MANUSIA


 Setiap ahli PRS dilatih mengikut modul yang terancang dalam bidang asas komunikasi dan kaunseling.


 Tujuannya bukan untuk menjadikan mereka kaunselor, tetapi lebih kepada membekalkan dengan kemahiran penting dalam perhubungan manusia,” katanya.


Khairuddin berkata, PRS dilatih untuk mengalami proses memahami, memotivasikan dan menghormati diri sebelum mereka dapat membantu dan membimbing rakan-rakan.


Nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat-menghormati, menyimpan rahsia, bersikap positif dan sikap sentiasa memajukan diri menjadi prinsip kepada program ini.


“Disebabkan peranan PRS besar, maka pihak sekolah di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling menjalankan proses temu duga dalam memilih ahli PRS manakala guru kaunseling pula diberi tugas melatih mereka dengan lengkap sebelum diiktiraf sebagai PRS,” katanya.

Beliau berkata, setiap sekolah di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling, sama ada menengah atau rendah wajib mewujudkan PRS.

“PRS memang diwajibkan di sekolah menengah manakala bagi sekolah rendah pula ia masih lagi dalam proses pelaksanaan sepenuhnya,” katanya.


Ketika menjawab persoalan mengapa perlunya PRS melibatkan penyertaan murid sekolah rendah dan adakah masalah murid sekolah rendah sama teruk dengan sekolah menengah, Khairuddin menjelaskan, konsep PRS bukanlah melihat aspek masalah, sebaliknya kemahiran yang perlu ada pada PRS itu.

“Selaras dengan moto ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’, konsep PRS bukanlah menyelesaikan masalah, sebaliknya lebih kepada membantu pelajar lain. Mereka yang menyelesaikan masalah tersebut juga dalam kalangan pelajar itu sendiri.


“PRS tidak menjalankan sesi kaunseling, sebaliknya membantu rakan sebaya untuk melakukan perubahan-perubahan tingkah laku dengan kemahiran yang diberi kepadanya,” katanya.

Sesi kaunseling hanya dijalankan oleh guru kaunseling ataupun mereka yang mempunyai kepakaran diiktiraf oleh badan kaunseling.

Menurutnya, bilangan pelajar yang mengikuti PRS adalah ramai, cuma ia perlu disuburkan semula supaya mendapat tempat dalam kalangan pelajar.



“PRS sepatutnya mendapat tempat sama seperti Majlis Pengawas dan sebagainya, malah ia lebih tinggi kerana membantu rakan yang menghadapi kesulitan.


“PRS adalah satu kerja sukarelawan oleh murid yang ingin membantu rakan sebayanya menghadapi kesulitan melalui kemahiran yang telah dilatih oleh guru kaunseling,” katanya.

Khairuddin berkata, statistik jelas menunjukkan perkembangan positif dalam penglibatan pelajar terhadap PRS tidak kira di peringkat sekolah menengah atau rendah.


PANTAU PRS


“Pada 2010, seramai 9,287 murid sekolah rendah dan 14,144 pelajar sekolah menengah terlibat dalam PRS dengan penyertaan terdiri daripada individu pelbagai bangsa,” katanya.

Menurutnya, untuk menarik minat pelajar menjadi ahli PRS, setiap sekolah akan mengiktiraf mereka di samping menyediakan modul latihan dari semasa ke semasa untuk menampilkan PRS agar mendapat tempat di hati pelajar.


“Walaupun ada beberapa modul yang perlu diikuti, namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh dilantik sebagai PRS, cuma pelantikan akan dikuti dengan modul-modul latihan dari semasa ke semasa demi untuk menarik minat pelajar-pelajar lain,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau aktiviti PRS di sekolah-sekolah bagi memastikan tahap kewajarannya sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.


Menurutnya, JPNS meletakkan aspek pelaksanaan program PRS dalam instrumen pemantauan sebagai langkah meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


“Jika pihak sekolah tidak melaksanakan kaedah yang telah ditetapkan oleh JPNS, mereka akan diminta untuk membuat surat tunjuk sebab dalam masa 14 hari," katanya.


Khairuddin berkata, JPNS sentiasa meletakkan PRS sebagai bidang yang perlu dijalankan di sekolah, terutamanya sekolah menengah.



Rabu, 2 November 2011

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  1. Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
  2. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
  3. Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
  4. Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
  5. Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
  6. Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

DEFINISI BIMBINGAN

          Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.


PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN

• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pembimbing  dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

DEFINISI KAUNSELING

           Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

           Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

           Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

           Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

           Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

           Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

             Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Selasa, 1 November 2011

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS


  1. Menjalankan projek persendirian dan mengetepikan rakan lain.
  2. Membocorkan rahsia rakan kepada orang lain.
  3. Menjalankan aktiviti yang boleh membantu mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  4. Tidak memimpin rakan menyelesaikan masalah tetapi menggalakkan mereka memikirkan masalah mereka.
  5. Menghadapi sendiri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketentereman jiwa.
  6. Terlibat dalam masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.

PERANAN PRS


  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Sebagai khidmat sokongan anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa atau normal.
  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis atau masalah emosi yang mendalam.
  • Menjadi fasilitator yang bersifat terbuka,yakin dan percaya diri,berasa selesa dan berempati.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Menjadi "Role Model" kepada pelajar lain.
  • Sebagai pelajar contoh kepada orang lain.
  • Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.

SUASANA BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING












SENARAI PROGRAM YANG TELAH DIBUAT


  1. Orientasi Tingkatan 1 : 3 - 9 Januari 2011.
  2. Orientasi Tingkatan 4 : 9 - 12 Januari 2011.
  3. Getting Started Tingkatan 3 : 16 - 17 Januari 2011.
  4. Getting Started Tingkatan 5 : 19 - 20 Januari 2011.
  5. Getting Started Tingkatan 6 : 24 Januari 2011.
  6. Kemahiran Belajar Tingkatan 3 : 31 Januari 2011,1 Februari 2011.
  7. kemahiran Belajar Tingkatan 5 : 27 - 28 Januari 2011.
  8. Kemahiran Belajar Tingkatan 6 : 1 - 3 Mac 2011.
  9. Kursus Kepimpinan Pengawas : 2 Mac 2011.
  10. Pendidikan Keremajaan : 3 Mac 2011.
  11. Menangani Gejala Disiplin Daerah : 28 Mac 2011.
  12. Kursus Kelab dan Persatuan,Unit Beruniform : 5 April 2011.
  13. Ceramah Keremajaan : 7 April 2011.
  14. CEramah Motivasi Tingkatan 6 : 12 Mei 2011.
  15. Orientasi Tingkatan 6 Bawah : 9 - 12 Mei 2011.
  16. Temu Murni Pelajar PMR,SPM dan STPM : 7 Julai 2011.
  17. Kursus PRS : 13 - 15 Julai 2011.
  18. Ceramah Sempena Ramadan : 31 Julai 2011.
  19. Ceramah Motivasi Pelajar PMR,SPM dan STPM : 18 September 2011.
  20. Sambutan Hari Persaraan Pengetua : 19 September 2011.
  21. Program Out Reach PRS : 27 September 2011.
  22. Sembahyang Hajat Perdana : 29 September 2011.
  23. Ceramah Rukun Negara : 13 Oktober 2011.
  24. Kem Kepimpinan Tingkatan 4 : 27 - 29 Oktober 2011

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS


  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah.
  • Menekankan kesejahteraan diri dan mengetahui limitasi diri untuk membantu.
  • Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling.
  • Tidak mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
  • Menjadi jambatan kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Membantu menyelesaikan masalah rakan.

KUNCI KECEMERLANGAN


  1. Berani maju ke depan.
  2. Sabar dan tabah hati.
  3. keikhlasan.
  4. Mempunyai "Common Sense".
  5. Berpesonaliti.
  6. Berfikir secara kritikal.
  7. Sentiasa riang.
  8. Dapat menerima teguran.
  9. Memanfaatkan masa.
  10. bersikap sederhana.
  11. Sifat dermawan.
  12. Melaksanakan kewajipan.
  13. Harapan.
  14. Bersikap berani.
  15. Pembaharuan.
  16. Berfikir positif.
  17. Mempunyai sikap kompetitif.
  18. Teliti dalam kerja.
  19. Percaya diri sendiri.
  20. Bertawakal.
  21. Tarbiah atau pendidikan.
  22. Boleh dipercayai.
  23. Tolong-menolong.
  24. Memperbaguskan pekerjaan.
  25. Berilmu dan cinta kepada ilmu.
  26. Sentiasa bersyukur.
  27. Ada rancangan hidup.
  28. Dapat memberi nasihat.
  29. Cepat belajar.
  30. Berwawasan.

ETIKA PRS


  • Tahu batasan dan keupayaan diri.
  • Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
  • Menerima dan menghormati diri dan orang lain.
  • Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dalam pelbagai aspek.
  • Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

APA ITU PRS


PENGENALAN 

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling  dan komunikasi

PRS berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya,terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.


VISI

Membentuk dan melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika pembimbing rakan sebaya.


FALSAFAH

"Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain"


PRINSIP

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,bangsa,jantina,kedudukan,perlakuan dan fizikal.


MATLAMAT

Membina budaya mesra dan saling membantu serta membina pelajar yang yakindiri dan menghayati nilai-nilai berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka,bertimbangrasa,rela,taat,menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan pelajar.


PIAGAM PELANGGAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


  1. Menyediakan Bilik Kaunseling yang konduksif dan teraputik.
  2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
  3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika profesionalisme.
  4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan kod etika kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
  5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu dan kelompak.
  6. Menepati Temu janji bersama  klien dengan memberi khidmat yng sesuai dalam tempoh 48 jam.
  7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
  8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan guru kaunseling.
  9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur,ikhlas dan beretika.
  10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan
suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2020

MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Untuk merealisasi visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya : 
  1. Meneruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  3. Membimbing pelajar ke arah mencapaiprestasi yang tinggi dalam akademik.
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  5. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
  6. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bahawasanya
setiap murid mempunyai potensi
yang boleh digemblingkan 
secara optimum menerusi
pengurusan menyeluruh
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang cekap,berkesan dan beretika
dengan berteraskan
sumber dalaman dan luaran
bagi melahirkan murid yang seimbang
dalam aspek intelek,jasmani,emosi 
dan rohani serta beriman
dan beramal soleh.

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING