Selasa, 1 November 2011

PERANAN PRS


  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Sebagai khidmat sokongan anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa atau normal.
  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis atau masalah emosi yang mendalam.
  • Menjadi fasilitator yang bersifat terbuka,yakin dan percaya diri,berasa selesa dan berempati.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Menjadi "Role Model" kepada pelajar lain.
  • Sebagai pelajar contoh kepada orang lain.
  • Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.

Tiada ulasan: